Untuk mendapatkan lesen perniagaa (trade licence) syarikat hendaklah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) terlebih dahulu. Selepas itu barulah memohon lesen di Pejabat Daerah yang terdekat.
Dokumen Diperlukan :
-
Borang dan 13 atau Borang “Company Act 2016” Section 15
-
Borang 24 dan 49 atau Borang “Company Act 2016” Section 14
-
Memorandum and Articles of Association (untuk syarikat yang berdaftar di bawah akta syarikat 1965)
* Jenis perniagaan yang dipohon hendaklah ditandakan.
-
Salinan kad pengenalan / salinan passport pengarah yang telah disahkan
-
Salinan kad pengenalan dan surat kuasa daripada pengarah (jika pemohon bukan pengarah syarikat).
-
Cop Rasmi Syarikat (company official rubber stamp) beralamat lengkap.
Nota : Semua salinan dokumen hendaklah disahkan (certified true copy).
|