Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Okt 2019
Versi 8.2.2
PENDAFTARAN ANAK ANGKAT (ADOPTION)PENDAFTARAN ANAK ANGKAT (ADOPTION)

 

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN ANAK ANGKAT

1. Salinan Sijil Asal

  • Sijil Kelahiran Kanak-kanak yang hendak di angkat
  • Kad Pengenalan Kanak-kanak
  • Kad Pengenalan Ibu/ Bapa Kandung
  • Kad Pengenalan Ibu/ Bapa Angkat
  • Kad Pengenalan Saksi
    - Satu [1] Saksi disebelah pihak Ibu-Bapa Angkat
    - Satu [1] Saksi disebelah pihak Ibu-Bapa Kandung
  • Sijil Nikah Ibu/ Bapa Kandung dan Ibu/ Bapa Angkat
  • Sijil Cerai/ Kematian bagi Ibu/ Bapa Kandung (Sekiranya ada)

 

Nota : - Sila bawa bersama Sijil Asal untuk pengesahan

2. Kehadiran Ibu/ Bapa kandung, Ibu/ Bapa Angkat dan Saksi (2 Orang) adalah WAJIB hadir semasa proses temuduga.

3. Surat Kebenaran sekiranya Ibu/ Bapa Angkat bukan Penduduk Tetap Sarawak.

4. Surat Akuan Sumpah daripada Ibu Kandung sekiranya tiada maklumat Bapa Kandung di dalam Sijil Lahir Kanak-kanak tersebut (Surat Akuan Sumpah boleh di ambil di Pejabat Daerah Bintulu)

5. Surat Pengesahan dari Majikan untuk Ibu/ Bapa Angkat yang bekerja atau Pengesahan dari Penghulu/ Tuai Rumah bagi Ibu/ Bapa Angkat yang tidak bekerja dengan Majikan.

6. Sijil Lahir Ibu Kandung / Ibubapa Angkat

7. Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa kepada Ibu Kandung (anak bawah umur)

8. Salinan Penyata Gaji Ibubapa Angkat

9. Bil Api / Air ( kediaman )

Kelayakan dan syarat

  • Memastikan anak yang hendak diambil sebagai anak angkat berumur 18 tahun ke bawah dan
  • Ibubapa yang mengangkat mestilah umur 21 tahun ke atas dan 21 tahun lebih tua daripada anak yang diangkat
  • Anak yang diangkat mesti lahir di Sarawak dan ibu atau bapanya mesti mempunyai hubungan dengan Sarawak

Nota: Sila klik pautan ini untuk mendaftar permohonan Anak Angkat secara atas talian.

 

Pegawai Untuk Dihubungi :-

Pegawai Bertanggungjawab Lokasi Pejabat No. Untuk Dihubungi
AO Latifah bte. Pun (N.41)
Pejabat Daerah Bintulu 086-315441
PT [P/O] Volner Robertson Mawa (N.22)
Pejabat Daerah Bintulu 086-332434

Pejabat Daerah Tatau
086-584617
PT [P/O] Sylvester (N.19)
Pejabat Daerah Sebauh
086-422111