Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Okt 2019
Versi 8.2.2
FUNGSI: SEKSYEN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SOSIALFUNGSI: SEKSYEN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN SOSIAL

Peranan Dan Tanggungjawab Unit Sosial

1)    Merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembangunan fizikal dan sosial yang lestari di Bahagian.

2)    Mengenalpasti, merancang, menyelaras serta memantau Program Pembangunan Sosial yang melibatkan agensi yang berkaitan ke arah menangani gejala sosial.

3)    Membantu Kementerian Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak (KPSU) dan agensi-agensi yang berkaitan dalam mengenalpasti isu-isu (sosial) semasa untuk dikaji dan juga menilai impak pembangunan terhadap kesejahteraan masyarakat setempat (jika perlu).

4)    Mewujudkan dan membangunkan Pangkalan Data Sosial Bahagian bagi tujuan perancangan pelan tindakan Jawatankuasa Sosial Bahagian selain dijadikan sebagai bahan rujukan untuk penyelidikan oleh agensi-agensi berkaitan.

5)       Memantau aktiviti yang berkaitan dengan program pembasmian kemiskinan.

6)    Menyelaras jawantankuasa kerja bagi sambutan perayaan, majlis rasmi, majlis keagamaan, kebudayaan, sukan dan pelancongan.

7)    Membantu merancang/memberi input kepada pembangunan sektor pendidikan terutamanya di kawasan pendalaman dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Belia dan Sukan dan KPSU.

8)  Memantau dan membantu menggerakkan aktiviti sosial (termasuk kemasyarakatan/kebajikan) seperti sukan, kebudayaan, belia, wanita dan keluarga melalui JKKK, NGO dan sebagainya ke arah mewujudkan komuniti bestari dan kemakmuran setempat.

9)    Membantu dalam usaha memperkasakan keupayaan (capacity building) serta kepimpinan di peringkat akar umbi (Ketua Kampung/Ketua Masyarakat, JKKK, NGO dan lain-lain).


Skop Kerja Unit Sosial

  1. Mengadakan Mesyuarat Jawantankuasa Sosial Bahagian sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

  2. Menyediakan/mengumpul Laporan Mesyuarat JK Sosial Bahagian dan mesyuarat-mesyuarat lain di bawah Unit Sosial. Salinan Laporan Mesyuarat Jk Sosial Bahagian di hantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Sosial (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Setiausaha Tetap, KPSU [KPSU sebagai urus setia]).
     
  3. Mengumpul data Profail Sosial Bahagian serta mengemaskini pangkalan data (bulanan) mengikut format yang telah dipersetujui.

  4. Menyelaras Bilik Operasi/Gerakan Bencana dan membuat laporan kepada Bilik Gerakan Negeri.

  5. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja di peringkat Bahagian.

  6. Melaksanakan pelbagai aktiviti/program anjuran kerajaan negeri, persekutuan dan persatuan NGO's.

  7. Menyelaraskan pelaksanaan aktiviti sosial (sukan, kebudayaan, belia dan wanita/keluarga) anjuran agensi-agensi pelaksanan di peringkat Bahagian.

  8. Mengenalpasti program-program sosial yang sesuai dan diminati oleh komuniti setempat dan memberi cadangan/input kepada agensi-agensi pelaksana.

  9. Memastikan program/aktiviti yang dirancang dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan/NGO menepati kehendak kumpulan sasar dan objektif program terlaksana.

  10. Menilai dan memberi maklum balas tentang pelaksanaan dan keberkesanan program-program sosial yang dijalankan di Bahagian.

  11. Membuat tinjauan terhadap masalah sosial yang berlaku di Bahagian.

  12. Membantu dalam pemantauan aktiviti berhubung dengan pembasmian kemiskinan.
     
  13. Mengambil tinjauan ke atas setiap aduan yang dikemukakan.

  14. Memastikan perkhidmatan Mesra Pelangggan.

  15. Membantu dalam mempromosikan penggunaan prasarana sosial Dewan Suarah dan kemudahan sukan oleh pihak pengguna.

  16. Membantu penyelia-penyelia prasarana sosial dalam penyebaran maklumat tentang tempahan penggunaan prasarana sosial (Dewan Suarah dan Kompleks Sukan) melalui e-booking dan kadar/bayaran sewa.

  17. Membantu KPSU melalui Pejabat Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (PPSU) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSN) dalam menyemarakkan pembangunan sukan di Bahagian melalui jaringan kerjasama dalam anjuran aktiviti berbentuk rekreasi dan kesukaran untuk promosi Gaya Hidup Sihat.