Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Okt 2019
Versi 8.2.2
PengenalanPengenalan

Pejabat Residen Bintulu diwujudkan serentak dengan kenaikan taraf Daerah Bintulu dinaikkan taraf menjadi sebuah Bahagian dalam tahun 1987. Bahagian Bintulu merupakan Bahagian yang ke Sembilan dalam Negeri Sarawak. Bahagian Bintulu mempunyai dua buah Daerah iaitu Daerah Bintulu dan Daerah Tatau disamping sebuah Daerah Kecil iaitu Daerah Kecil Sebauh. Bermula pada tahun 2015, Pentadbiran Bahagian Bintulu mempunyai tiga(3) buah Daerah setelah Daerah Kecil Sebauh dinaiktaraf menjadi Daerah Penuh.

Luas kawasan Pentadbiran Bahagian Bintulu ialah 12,166 km persegi dan dihuni oleh penduduk yang berbilang kaum, agama dan bangsa iaitu kira-kira 231, 200 orang (Tahun 2010).

Pejabat Residen diketuai oleh Residen Bahagian dan dibantu oleh Timbalan Residen .

Pejabat Daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh masing-masing diketuai oleh Pegawai Daerah yang bertanggungjawab kepada Residen. 


Carta Aliran Pentadbiran Bahagian Bintulu


Lokasi Pejabat Residen Bintulu

Pada awal penubuhannya, Pejabat Residen Bintulu terletak di bangunan lama Pejabat Daerah Bintulu dimana kedudukan Pejabat KWSP yang baru pada masa ini.  Pada tahun 1985, Pejabat Residen Bintulu telah berpindah ke Bangunan Wisma Residen iaitu terletak di Jalan Tun Razak. Ketika itu, Wisma Residen juga menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuklah Mahkamah Bintulu dan Jabatan Agama Islam Negeri. 

Kini Pejabat Residen Bintulu berada di Tingkat 1,  Wisma Residen yang siap dibina pada tahun 2008.