Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
Tempat Menarik di BintuluTempat Menarik di Bintulu

Pantai Temasya Tanjung Batu

 

Pantai Temasya Tanjung Batu terletak kira-kira 5 KM dari pusar Bandar Bintulu. Pantai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Kemudahan yang disediakan termasuk taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, tandas awam, tempat makan dan tempat riadah dan sukan.

Pemandangan yang indah menjadi tarikan utama kepada pengunjung-pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga atau teman-teman. Laluan di sepanjang Pantai Temasya Tanjung Kidurong ke Pantai Tanjung Kidurong pasti memberikan suatu kepuasan kepada pengunjung terutama ketika matahari terbenam.


Pantai Tanjung Kidurong (Pantai ABF)

 


Pantai Tanjung Kidurong atau turut dikenali sebagai Pantai ABF terletak di Tanjung Kidurong Bintulu iaitu di penghujung laluan daripada Pantai Temasya Tanjung Batu.

Keindahan pada waktu senja pasti memberi secebis kenangan bergambar kepada pengunjung yang datang ke tempat ini. Gerai-gerai jualan turut terdapat di kawasan ini.


Taman Tumbina Bintulu

 

Taman Tumbina Bintulu ialah integrasi sebuah taman tumbuhan dengan sebuah taman haiwan pertama yang seumpamanya dibina di Sarawak. Perkataan TUMBINA ialah gabungan perkataan-perkataan TUMbuhan dan BINAtang.


Taman Tumbina Bintulu telah dirasmikan pada 2 Ogos 1991 oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak, menyediakan satu imbasan kepelbagaian flora dan fauna Sarawak. Ia merupakan satu warisan dengan nilai-nilai pendidikan dan rekreasi untuk para pelawat daripada semua lapisan masyarakat.

Taman Tumbina dibuka kepada orang awam pada setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 2.00 untuk orang dewasa, RM 0.50 untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun dan percuma kepada kanak-kanak dibawah 7 tahun.


Bintulu Promenade

 

Bintulu Promenade merupakan sebuah tempat riadah bagi kebanyakan penduduk Bintulu dan menerima ramai pengunjung terutama pada waktu petang setiap hari. Tebingan ini menjadi tarikan kerana pemandangan yang menarik di sepanjang Sungai Kemena.


Kebanyakan pengunjung menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman untuk tujuan bersukan, meluangkan masa bersama sambil menikmati pemandangan indah dan aktiviti joging.


Taman Negara Similajau

 

Taman Negara Similajau telah diwartakan pada tahun 1976 dan dibuka kepada orang awam pada tahun 1996. Ia sebagai usaha kerajaan untuk mengekalkan kehijauan dan menjaga alam semulajadi.