Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Jun 2019
Versi 8.2.1
Peristiwa BersejarahPeristiwa Bersejarah

Daerah Bintulu dinaiktaraf Kepada Bahagian Bintulu

YABDatuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak mengumumkan bahawa Daerah Bintulu akan dinaiktaraf menjadi Bahagian Bintulu pada 1 Januari 1987 semasa beliau menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri di Bintulu pada 31 Ogos 1986 oleh Tuan Yang Terutama Tuan Haji Ahmad Zaidi Edruce Bin Muhammad Noor, Yang Dipertua Negeri Sarawak ke-V. Turut hadir di Majlis tersebut adalah YB Dtuk Amar Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Celestine Ujang ak Jilan dan Datuk Daniel Tajem ak Miri.

Majlis menandatangani dokumen rasmi di antara Residen Pertama Bahagian Bintulu, Encik Empeni Lang (kiri) dan Residen Bahagian Miri, Encik Darrel Tsen (kanan) disaksikan juga Pegawai Daerah Bintulu, Encik Michael Sim Kiam Hui (pertama dari kiri).

 Lawatan Rasmi Pembesar & Menteri Ke Bahagian Bintulu

YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia diiringi oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud melawat ke tapak Projek di Tanjung Kidurong pada tahun 1981.

YAB Encik Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan ke Bintulu pada tahun 1987.

Lawatan Raja Chulalongkon (Thailand) ke Bintulu yang diiringi YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada tahun 1988.

Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei) membuat lawatan rasmi ke Bintulu pada tahun 1989.

Raja Taufa'ahau IV dari Tonga membuat lawatan rasmi ke Bintulu pada 24 September 1993.