Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2019
Versi 8.2.2
Perutusan PengerusiPerutusan Pengerusi

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia, Salam Ibu Pertiwiku

Daerah Bintulu yang telah dinaiktaraf menjadi Bahagian Bintulu sejak 25 tahun yang lalu telah mengalami pelbagai perubahan positif dan kemajuan dari pelbagai aspek.  Pejabat Residen Bahagian Bintulu sebagai teraju utama dalam pembangunan dan pentadbiran Bintulu memainkan peranan yang penting dalam memastikan Bandar Bintulu terus-menerus mencapai kemajuannya.

Komitmen dan kesungguhan warga pentadbiran serta agensi-agensi lain yang turut sama menjalankan usaha membangunkan Bintulu ke arah yang lebih baik tidak kira secara langsung atau sebaliknya amatlah dihargai.  Semoga usaha murni kita akan membawa kepada pencapaian sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Bandar Bintulu sebagai sebuah Bandaraya Perindustrian yang mesra menjelang 2020.

Sejajar dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pihak kami telah mewujudkan Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Bintulu dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan kami kepada para pengguna, khasnya warga Bintulu sendiri.  Portal Rasmi ini diharap bukan sahaja dapat mendekatkan komunikasi antara Pentadbiran Bahagian Bintulu dengan warga Bintulu, malah mewujudkan komunikasi yang lebih luas dengan tujuan memperkenalkan Bintulu kepada umum.  Oleh itu, kami akan sentiasa berusaha untuk memaksimumkan kepuasan pelanggan kami dengan membekalkan maklumat yang tepat dan terkini.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Pentadbiran Bahagian Bintulu di atas semangat berpasukan, curahan bakti dan tenaga serta buah fikiran dalam memastikan visi dan misi Pentadbiran Bahagian Bintulu tercapai.  Semoga warga Bintulu akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Sekian, terima kasih.

"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

"AN HONOUR TO SERVE"


JACK AMAN LUAT

Residen Bahagian Bintulu