Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Kerajaan Sarawak salur RM1.89 juta bina semula rumah panjang terbakar
Tarikh : 20 Sep 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

whatsappimage2021-09-20at21047pm (1).jpeg

Sikie semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan Rumah Mawan Mat di Nanga Takan Ulu Anap pada Ahad.

TATAU: Kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan sebanyak RM1.89 juta bagi membina semula 21 pintu Rumah Mawang Mat di Nanga Takan, Ulu Anap yang musnah dalam kebakaran tiga tahun lepas.

Antaranya menurut Sikie, setiap bilik harus dibekalkan alatan pemadam kebakaran dan menyusun bata sehingga ke bahagian atas bagi mencegah kebakaran merebak ke bilik-bilik lain dalam rumah panjang.

"Langkah sedemikian akan melambatkan kemaraaan api sekali gus mengurangkan risiko rumah panjang terbakar secara keseluruhan sebelum bantuan bomba tiba," jelas beliau.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri turut memberi bantuan ehsan kebakaran buat dua buah lagi rumah panjang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus yang pernah terbakar iaitu 10 pintu penduduk Rumah Micheal China berjumlah RM700,000 dan 11 pintu penduduk di Rumah Sengalang dengan jumlah bantuan sebanyak RM770,000.00.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan sumbangan dua unit Mist Blower dan satu unit Knapsack Battery kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau yang mana diserahkan kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau, Jankey Jikat selaku mewakili pasukan bomba daerah berkenaan.

Menurut Menteri Muda (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Sarawak Datuk John Sikie Tayai, rumah panjang yang baharu ini dijangka akan didirikan sebaik sahaja kerja-kerja meratakan tapak rumah panjang selesai.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan ini membantu meringankan beban ditanggung oleh penduduk khususnya kos pembinaan rumah yang agak tinggi pada masa sekarang.

"Bantuan yang disalurkan kerajaan ini sememangnya menjadi petanda jelas bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah naungan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg benar-benar komited bagi membantu rakyat yang dilanda musibah khususnya kebakaran yang melibatkan rumah panjang," ujarnya semasa ditemui dalam sesi lawatan kerja ke tapak rumah panjang berkenaan, pada Ahad.

Bagi tujuan sama katanya, setiap penduduk rumah panjang yang ingin mendirikan rumah panjang baharu harus merangka pelan khusus bagi memastikan rumah panjang mereka dibina mengikut ciri-ciri keselamatan khusus.