Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Masuk Bintulu: Keputusan ujian calitan RT-PCR tidak perlu bagi individu lengkap vaksin
Tarikh : 20 Sep 2021
 

whatsappimage2021-09-18at102304.jpeg

BINTULU: Orang ramai dari luar kawasan Bintulu yang ingin memasuki bahagian ini tidak lagi perlu menjalankan Ujian calitan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) mulai hari ini (18 September), kata Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat (gambar).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, pihaknya memutuskan untuk mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam. 

Katanya, Bintulu sebagaimana bahagian lain di negeri ini harus mengikuti keputusan dibuat JPBN Sarawak yang mana RT-PCR tidak lagi diperlukan bagi setiap individu yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 memandangkan Sarawak sudah mencapai imuniti kelompok.

Sebelum ini, Bahagian Bintulu merupakan satu-satunya bahagian di negeri ini yang mengkehendaki setiap individu menjalani ujian calitan RT-PCR sekiranya ingin memasuki bahagian ini.

"Bagaimanapun, bagi individu yang belum lagi menerima suntikan vaksin, mereka masih perlu mengemukakan keputusan ujian calitan RT-PCR selain permit polis untuk rentas bahagian bagi memastikan mereka bebas dari virus pembunuh itu," tegasnya.

Bagi tujuan itu katanya, JPBB Bintulu menyerahkan tugas berkenaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya buat individu yang belum lagi menerima suntikan vaksin bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan COVID-19.

"Justeru, pada masa sekarang, segala arahan yang berkaitan dengan rentas bahagian termasuk kemasukan ke Bintulu adalah sama sebagaimana bahagian lain di negeri ini sekaligus memudahkan pergerakan semua pihak," tambah beliau.