Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

ADUN Jepak Luangkan Masa Bersama 7 Tuai Rumah Dan Ketua Kaum
Tarikh : 12 Sep 2021  Sumber Berita: UKAS SARAWAK
 

815283fd-7b9f-4ea4-a123-ce5ddfc8a890.jpg

BINTULU: Setiap kali Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip balik ke Jepak, beliau akan meluangkan masa bersama dengan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). 

Pada Jumaat, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan 7 Tuai Rumah dari kawasan Jalan Pesisir Bintulu-Kuala Tatau iaitu Ajah Umkar, Nelson Giuna, Choang Tom, Richard Umbar, Henry, Budut Mani dan Ningkan Bungkong di Hotel Everly Parkcity, Bintulu. 

Perjumpaan ini bertujuan mendengar sendiri permasalahan, cadangan dan pendapat daripada mereka serta perkembangan terkini senario politik di kawasan DUN Jepak.-EDISI UKAS