Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Penduduk Kampung Melayu Tubau Terima Sumbangan LAKIB Dan Masjid Asyakirin Bintulu
Tarikh : 06 Sep 2021  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

af054dea-1503-4665-8232-70dc44f903c7.jpg

BINTULU: Hujan lebat yang berlaku sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan air Sungai Tubau dan Sungai Kemena  naik dan merbahaya. 

Keadaan ini telah menyebabkan banjir dan menyukarkan penduduk Kampung Melayu Tubau mendapatkan keperluan makanan. 

Akibatnya, jalan dan kawasan persekitaran penduduk ditenggelami air sedalam 2 hingga 3 kaki. 

Sehubungan itu, Lembaga Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dan Masjid Asyakirin Bintulu telah menyerahkan bantuan banjir kepada 10 buah keluarga di Kampung Melayu Tubau pada Sabtu. 

Sumbangan telah disampaikan Setiausaha LAKIB Latip Upit yang turut mewakili Masjid Asyakirin kepada penduduk di Kampung Melayu Tubau.

LAKIB dan Masjid Asyakirin berharap bantuan makanan ini akan meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir.-EDISI UKAS