Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

UNIFOR serah sumbangan RM2 juta kepada persatuan gereja cawangan Bintulu
Tarikh : 20 Jul 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

tionggereja.jpg

BINTULU: Sebagai tanda keprihatinan terhadap agama lain di bahagian ini, kerajaan negeri melalui  Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyampaikan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak Cawangan Bintulu, hari ini.

Dalam acara yang diadakan bertempat di sebuah hotel terkemuka di bahagian ini, cek bantuan disampaikan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing kepada wakil penerima persatuan gereja berkenaan.

Dalam ucapannya, Tiong yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke China berharap agar bantuan yang disalurkan itu akan dimanfaatkan sebaiknya oleh persatuan.

"Saya difahamkan bahawa bantuan yang disalurkan ini nanti akan digunakan bagi menaiktaraf Perkuburan Kristian di Kuala Setiam," ujarnya.

Beliau dalam ucapannya menyarankan agar kawasan letak kereta di tanah perkuburan itu akan diperbesarkan lagi bagi keselesaan orang awam yang datang ke tapak perkuburan sama ada bagi urusan pengebumian atau melawat kubur keluarga atau saudara-mara mereka.

Bagi tujuan itu katanya, semua jawatankuasa gereja yang menjadi ahli persatuan harus duduk berbincang bagi memikirkan cara terbaik bagi menaiktaraf prasarana serta infrastruktur kawasan perkuburan dari masa ke semasa.

Tiong pada masa yang sama menyeru jawatankuasa pengurusan persatuan menggalakkan setiap ahli gereja masing masing mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

"Ia adalah bagi memastikan semua warga gereja serta penganutnya mendapat imuniti kelompok sekali gus membendung penularan wabak COVID-19 di Bintulu," ujarnya.