Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Longgar Syarat Kemasukan Ke Bintulu, Individu Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19 Dikecualikan Ujian Calitan COVID-19
Tarikh : 17 Jul 2021  Sumber Berita: UKAS SARAWAK
 

9db7ff5f-3246-4272-b539-cc1c7136c254.jpg

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBBB) Bintulu memutuskan untuk melonggarkan syarat kemasukan ke Bahagian Bintulu. 

Dalam satu kenyataan media pada Jumaat memberitahu, individu yang lengkap dua dos vaksin COVID-19 dua minggu dan ke atas akan dikecualikan daripada ujian calitan wajib sebelum memasuki Bahagian Bintulu tetapi permit polis masih diperlukan. 

“Bagi individu yang belum lengkap dos suntikan vaksin atau belum mencukupi tempoh dua minggu daripada tarikh terakhir menerima dos kedua vaksin, mereka perlu ujian saringan COVID-19 (rT- PCR) tiga hari dan permit polis sebelum pergerakan masuk Bahagian Bintulu,” katanya. 

Pada masa ini, JPBB Bintulu meminta orang ramai untuk tidak mengambil kesempatan serta mementingkan diri terhadap kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama rentas Daerah atau Bahagian dengan menggunakan keistimewaan dos kedua vaksin ekoran kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pada masa sama varian baharu COVID-19 telah dilaporkan di Sarawak. 

Tambah kenyataan itu lagi, JPBB Bintulu memaklumkan operasi ekonomi di Bahagian Bintulu bermula jam 6.00 pagi hingga 9.00 malam bermula Jumaat. 

“Restoran, Kedai Makan, Gerai Makan, Kenderaan Bersaji (Food Truck), Penjaja Tepi Jalan, Penjaja Beredar, Medan Selera, Pusat Penjaja, Gerai Makan Tepi Jalan atau Kiosk dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang telah digariskan dengan waktu operasi dari 6.00 pagi hingga 9.00 malam berkuatkuasa mulai hari ini, 16 Julai 2021.

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara virtual dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, selaras dengan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN),” tambah kenyataan itu lagi. 

JPBB Bintulu sedaya upaya untuk mendengar rintihan rakyat, membuat beberapa penilaian terhadap nasib rakyat terutama yang berada dalam sektor ekonomi. -EDISI UKAS