Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Inisiatif Perkhidmatan Bank Bergerak Beri Kemudahan Kepada Penduduk Luar Bandar
Tarikh : 14 Jul 2021  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

47c56692-869c-4429-8b6a-7f580f69e405.jpg

BINTULU: Inisiatif Kerajaan Sarawak mengadakan perkhidmatan bank bergerak di kawasan luar bandar disambut baik penduduk luar bandar. 

Menurut Menteri Utiliti Sarawak Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom penduduk di Daerah Sebauh boleh menikmati kemudahan perkhidmatan bank bergerak tanpa perlu ke bandar lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Perkhidmatan ini bagi memudahkan warga Sebauh supaya tidak turun ke Bintulu terutama pada masa ini kerana susah hendak melintas daerah disebabkan PKP, perlu mendapat permit dan sebagainya serta sangat sukar mengeluarkan duit,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke lokasi Bank Bergerak Bank Rakyat di tempat letak kereta Riverfront Sebauh pada Selasa.

Perkhidmatan Bank Bergerak Bank Rakyat akan beroperasi pada setiap Selasa manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) pula akan beroperasi setiap Khamis bertempat di Waterfront Sebauh pada setiap minggu.

Dato Sri Dr Stephen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena memaklumkan perkhidmatan ATM di Daerah Sebauh sedang menunggu kelulusan dan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas inisiatif perkhidmatan bank bergerak di Daerah Sebauh. 

“Perkhidmatan ATM pula sekarang ini sedang menunggu kelulusan peringkat negeri.

“Saya mewakili warga Sebauh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Rakyat, BSN dan Kerajaan Sarawak kerana telah menyediakan perkhidmatan sebegini di Sebauh,” ujarnya. 

Hadir sama Timbalan Residen Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi dan etiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak Jenny Bangga. -EDISI UKAS