Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

1,009 KIR Di DUN Sebauh Terima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang
Tarikh : 11 Jun 2021  Sumber Berita: UKAS SARAWAK
 

7645a8c6-b97a-409f-b0d9-cc313d25e46e.jpg

SEBAUH: Sebanyak 1,009 Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Sebauh menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang di bawah Program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0.

Pengagihan bakul makanan itu melibatkan 57 buah rumah panjang di kawasan Sungai Genaan, Sungai Kelabat, rumah panjang sepanjang jalan Sebauh-Bintulu pada Khamis. 

Pengagihan dibahagikan kepada dua pusat iaitu di Jambatan Sungai Kelabat dan Pejabat Daerah Sebauh. 

Program pengagihan bakul makanan ini diteruskan sehingga 12 Jun ini. -EDISI UKAS