Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Sikie sertai agihan bantuan bekalan makanan di Kakus
Tarikh : 08 Jun 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

p8edwe3btu-ub070621-ai-bant.jpg

TURUN PADANG: Sikie (dua kiri) menyerahkan bantuan makanan BKSS 6.0 wakil penduduk sebuah rumah panjang di DUN Kakus.

TATAU: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus, Datuk John Sikie Tayai telah bersama kakitangan Pusat Khidmat DUN Kakus, sukarelawan dan agensi berkaitan me-ngagihkan bantuan bekalan makanan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 kepada penduduk rumah panjang di kawasan Kakus kelmarin.

Pengagihan bantuan itu juga turut disertai Pemang-ku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong, Penghulu Micheal Agul dan Penghulu Allister Ali.

Sebanyak 12 rumah panjang di Ulu Anap dan Takan menerima bantuan itu iaitu Rumah (Rh) Merayang Gerina Nanga Malat Ulu Anap Tatau, Rh Johnny Mancha, Rh Nyanau Sandum, Rh Thomson Achun, Rh Mawang Mat, Rh Andrew Jarau, Rh Belong Entalang, Rh Jeffery Nang, Rh Sayong Murapi dan Rh Philip Nge-lambai, Rh Enteri Aju dan Rh Gasah Sumbang membabitkan 170 keluarga.

Sikie berkata, bantuan diagihkan kepada masyarakat di Nanga Takan yang juga kawasan yang paling pedalaman di DUN Kakus.

Katanya, bantuan semasa COVID-19 ini merupakan kali ketiga disalurkan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mana sedaya upaya untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sekali gus berharap bantuan ini akan meringankan beban mereka.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan GPS N60 Kakus, Pusat Khidmat DUN Kakus dan agensi-agensi kerajaan yang turut membantu menghantar bantuan makanan ini,” katanya yang turut disertai 20 wakil pihak terbabit.

Beliau berkata, bantuan akan diagihkan secara berperingkat mengikut kawasan dan seterusnya bantuan sama akan disalur ke kawasan Nanga Tau dan Sangan, kawasan hulu Kakus, Belungai, Kakus Ili dan Pasar Tatau.

“Seterusnya bantuan akan dihantar ke kawasan Bawan dan Lubok Bukut daerah Mukah, Sungai Arip, Bawang dan Tau daerah Selangau di bawah DUN Kakus.

“Saya berharap rakyat di kawasan dinyatakan bersabar menunggu bantuan ini memandangkan kawasan diliputi adalah jauh serta mengambil masa untuk pe-ngagihannya,” katanya.

Menurutnya, bantuan itu hanya untuk keluarga yang tinggal di rumah panjang, manakala penduduk tinggal di bandar akan mendapat bantuan di kawasan bandar dan petempatan dikenakan Perintah Kawalan Pergera-kan Diperketatkan (PKPD) pula akan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sarawak menyediakan peruntukan tambahan RM15 juta kepada dana RM20.5 juta untuk Program Bakul Makanan di Sarawak. Keseluruhannya adalah RM35.5 juta untuk bantuan makanan di Sarawak di bawah BKSS 6.0 yang mana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah bersetuju memberi dana tambahan RM15 juta tersebut susulan peningkatan jumlah penerima.