Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

461 Penduduk Daerah Tatau Terima Vaksin COVID-19
Tarikh : 04 Jun 2021  Sumber Berita: UKAS SARAWAK
 

e98d38d3-bd2f-49fd-9c39-e0796a9d4c98.jpg

TATAU: Pemberian vaksin COVID-19 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Kedua masih berlangsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 pada Khamis. 

Pada kali ini seramai 461 penduduk yang terdiri daripada warga emas dan golongan yang berisiko tinggi hadir mendapatkan suntikan COVID-19. 

Mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama. 

Proses pemberian vaksin COVID-19 berjalan lancar dengan mendapat bantuan daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sukarelawan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Pejabat Daerah Tatau. -EDISI UKAS