Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Setiap Wakil NGO Perlu Maklumkan Jumlah Peruntukan MRP Yang Diterima – Datuk John Sikie
Tarikh : 01 Dec 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

DSC07921.jpg

TATAU: Setiap wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) perlu memaklumkan kepada setiap penduduk rumah panjang atau ahli-ahlinya. 

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, ini penting supaya setiap penduduk dan ahli-ahli NGO tahu jumlah peruntukan yang diterima.

“Mesti maklumkan kepada penduduk rumah panjang semasa mesyuarat berkaitan dengan peruntukkan MRP yang diterima. 

“Kita juga mahu setiap penduduk rumah panjang tahu setiap peruntukkan yang diterima dan kita harus terbuka dan telus dalam perkara ini,” katanya. 

Beliau berucap dalam Majlis Penyerahan MRP di Pejabat Daerah Tatau di sini pada Rabu. 

Sebanyak RM1.331 juta cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diserahkan kepada 60 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan NGO dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus. 

Turut menerima bantuan JKKK Rumah Jungan, Tamin yang musnah akibat kebakaran pada Ogos lepas. 

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus mengucapkan tahniah kepada  jawatankuasa penganjuran Pesta Tatau yang telah menganjurkan dengan jayanya. 

Tambahnya, Pesta Tatau ini akan sekali lagi dianjurkan pada Jun 2023 beserta dengan reagatta. 

“Saya harap kita semua bersedia dari sekarang terutamanya penduduk penduduk rumah panjang untuk menyediakan perahu untuk menyertai pertandingan dalam regatta ini nanti,” tambahnya.