Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Pusat Falak Di Bintulu Akan Beroperasi Tahun Hadapan
Tarikh : 27 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

Picsart_22-11-27_00-25-22-089.jpg

MIRI: Pusat Falak di Bahagian Bintulu akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, pembinaan pusat berkenaan telahpun siap sepenuhnya.

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan hasrat kerajaan Sarawak untuk menjadikan ilmu berkaitan dengan falak di negeri ini berada di hadapan.

“Kita di Sarawak ini sebenarnya melihat keperluan untuk memastikan bahawa kita ini menjadi satu kawasan yang boleh menjadi tempat rujukan rakan-rakan kita daripada negeri lain dalam ilmu falak ini iaitu dengan penubuhan satu lagi pusat falak yang lebih besar.

“Pertama kita dah ada di Miri, yang keduanya kita akan ada di Bintulu tahun hadapan dan inshaAllah dalam dua tiga tahun lagi kerajaan Sarawak sedang dalam perancangan membina Pusat Astronomi Borneo yang terletak di  Damai berdekatan dengan kaki Gunung Santubong di Kuching.  

“Dengan kata lain, pada masa akan datang di Sarawak ini, kita ada tiga buah Pusat Falak,” katanya dalam Majlis Perasmian Ekspo Pusat Falak Miri “Street Falak” 1444H/2022M di Pusat Falak Miri, Luak Esplanade Miri pada Sabtu.

Sementara itu, bercakap mengenai Ekspo Pusat Falak Miri anjuran Jabatan Mufti Sarawak sempena sambutan Jubli Perak Jabatan Mufti Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman berkata, ia merupakan pendekatan yang amat baik untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai ilmu falak yang berkait rapat dengan ilmu sains.

Tambahnya, ia juga akan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan generasi muda di negeri ini mengenai ilmu falak.

Dalam program ekspo itu, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya Ceramah Falak, Pameran Falak, Betul Sik Bacaan Al-Fatihah Kamek? (Klinik Al-Fatihah, Kitak Tanyak JMS Jawab (Soal Jawab Hukum), Bila Kamek Lahir Dalam Bulan Islam (Transformasi Hijri), Edaran Bahan Terbitan JMS, Food Stall, Falak Treasure (Mini Al-Falak), Kuiz Falak, Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak), Pertandingan Water Rocket dan Cerapan Matahari & Langit Malam.

Hadir sama Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Mual Suaud, Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, dan Ketua Masyarakat Bahagian Miri Temenggung Datuk Abdul Rahman Abang Fadzail.-Edisi UKAS