Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Bintulu Tuan Rumah Malaysia MTB XCM National Championship 2022 (Cross Country Marathon-60KM)
Tarikh : 25 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

IMG-20221124-WA0103.jpg

BINTULU: Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Malaysia MTB XCM National Championship 2022 (Cross Country Marathon-60KM) yang akan diadakan di perkarangan Pantai Tanjung Batu di sini pada 4 Disember depan. 

Ketua Seksyen Transformasi Sosial Bahagian Bintulu mewakili Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Bintulu Sharpini Daud berkata, kejohanan ini telah didaftar oleh Persatuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) dalam Kalendar Kejohanan Union Cycliste Internationale (UCI). 

Jelasnya, semua kejohanan yang berdaftar dengan UCI membolehkan pelumba-pelumba negara mengumpul mata dan menaikkan ranking pelumba Malaysia.

Katanya lagi, penganjuran kejohanan seperti ini adalah selari dengan misi dan visi PKBM terutamanya Jawatankuasa MTB Kebangsaan dalam melestarikan sukan MTB di Malaysia selain menjadi acara tarikan pelancongan ke Bahagian Bintulu.

Sehingga kini dua buah negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Chinese Taipei dan Brunei Darussalam dan beberapa buah negeri antaranya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak. 

Kejohanan ini adalah untuk mencari pelumba pelapis yang berpontensi untuk mewakili negara bagi Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023.

Sepanjang kejohanan itu nanti, peserta akan dibawa merasai suasana kehidupan masyarakat Iban di Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh. 

Diadakan juga adanya aktiviti tempatan seperti persembahan ngajat, ranyai, miring akan ditunjukan kepada yang hadir. 

Turut diperkenalkan juga adalah makanan dan buah-buahan tempatan seperti Ikan Tapah,Udang Galah dan Buah Nang Chem (Nangka +Cempedak).-EDISI UKAS