Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Malam Ramah Mesra Jasamu Dikenang Hargai Jasa & Pengorbanan Ahli Parti
Tarikh : 18 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

7ca91349-228a-4c1c-a343-e6d4bf31cc20.jpg

BINTULU: Penganjuran Malam Ramah Mesra Jasamu Dikenang bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan ahli parti yang telah lama berkhidmat dalam parti, jelas Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.

Katanya, jasa dan pengorbanan kepada parti sangat dihargai dan atas sebab itu parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) masih relevan dan kuat hingga ke hari ini. 

“Sokongan dan kerjasama yang amat baik daripada komponen parti GPS khasnya PBB dan PRS akan memberikan kemenangan besar kepada calon GPS di Parlimen Selangau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini,” katanya semasa berucap dalam Majlis Malam Ramah Mesra Jasamu Dikenang di Hotel Promonade di sini pada Khamis. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus menyeru pengundi mempertahankan kubu bagi kedua-dua Dewan Undangan negeri (DUN) Tamin dan Kakus daripada pembangkang serta merampas kembali Parlimen Selangau.

Justeru, beliau mengingatkan setiap pengundi turun mengundi pada 19 November ini dengan membawa bersama kad pengenalan. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara Senator Dato Dr. Nuing Jeluing dan Ahli Dewan Negara Senator Pn.Rita Sarimah Patrick Insol.-EDISI UKAS