Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Dato Sri Dr. Sim Tolak Dakwaan DAP Bantuan SJKC Hanya Gimik PRU-15
Tarikh : 14 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

1F031EF4-7AF2-4F14-8794-ED21949EB91B.jpeg

BINTULU: Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian menolak dakwaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan menyatakan bahawa bantuan pembiayaan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak hanyalah gimik pilihan raya semata-mata.

Dato Sri Prof. Dr. Sim menegaskan pembiayaan untuk sekolah Cina sudah ada sebelum tarikh Pilihan Raya Umum kKe-15 (PRU15) diumumkan lagi. 

“Untuk makluman, dana tersebut telah disalurkan kepada sekolah setiap tahun dan jika peruntukan itu dianggap sebagai gimik sahaja, maka setiap tahun pilihan raya negeri akan diadakan.

“Unit Sekolah Cina itu bukan sahaja menjaga sekolah rendah malah geran kewangan yang sama turut diagihkan Kerajaan Sarawak kepada Sekolah Menengah Cina Sarawak yang dicetuskan oleh Allahyarham Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) pada tahun 2014. 

“Peruntukan sekolah SJKC sebaliknya dimulakan pada 2020 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg,” katanya. 

Jelasnya lagi, satu unit khas ditubuhkan dan diketuai oleh beliau selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi menyelaras dan menguruskan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada SJKC. 

“Berdasarkan rekod, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM17 juta kepada Sekolah Cina, di mana sejumlah RM8 juta disalurkan kepada Sekolah Rendah Cina dan RM9 juta kepada Chinese Independent Secondary Schools pada tahun 2020,” ujarnya. 

Tanbahnya lagi, tujuan bantuan adalah untuk membantu pembinaan semula sekolah, penyambungan dan penempatan semula sekolah rendah Cina. 

Mengulas mengenai SJKC Kai Ming, beliau berkata pada awalnya sekolah itu hanya mempunyai enam pelajar sebelum dipindahkan, dan terkini mereka telah mempunyai seramai 325 pelajar. 

“Bagi sekolah Cina, gaji guru dibayar oleh Kerajaan Persekutuan tetapi bangunan sekolah di bawah lembaga sekolah dan bukan mudah untuk mengumpul dana bagi tujuan itu,” jelasnya. 

Kerajaan Sarawak membantu sekolah rendah dan sekolah menengah Cina, kerana di Sarawak pendidikan Cina adalah untuk semua kaum untuk Bumiputera seperti Melayu, Dayak dan Orang Ulu. 

Selain itu, keunikan Sarawak lain ialah dengan tertubuhnya Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada tahun 2016. 

Pada majlis tersebut, Dato Sri Prof. Dr. Sim telah menyerahkan cek bernilai RM700,000 kepada wakil SJKC Kai Ming serta menyampaikan bantuan kewangan UNIFOR COVID-19 kepada penerima yang berjaya memohon sebelum ini.-EDISI UKAS