Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Geran MRP RM50,000 Untuk 15 Penerima Di Kawasan DUN Tanjung Batu
Tarikh : 12 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

Picsart_22-11-12_20-59-56-415.jpg

BINTULU: Sejumlah RM50,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diserahkan kepada 15 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu dalam satu majlis di sini pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming menasihati para penerima geran untuk memanfaatkan geran yang diterima dengan sebaiknya.

“Ini kerana geran yang diluluskan oleh Kerajaan Sarawak sepatutnya memberi manfaat kepada masyarakat setempat bukannya disalah guna untuk kegunaan peribadi mahupun digunakan bagi tujuan lain selain seperti yang dipohon sebelum itu,”katanya semasa berucap dalam majlis penyerahan bantuan pendidikan dan geran berkenaan.

Tegas Johnny Pang, penerima geran MRP harus menggunakan peruntukan itu secara telus dalam menjalankan kegiatan bermanfaat untuk masyarakat. 

Para penerima geran terdiri daripada kelab, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dana MRP ini amat penting untuk mempercepatkan proses pembangunan di kawasan luar bandar di Sarawak.

Menurut Johnny Pang, dana itu amat membantu wakil rakyat untuk membangunkan kawasan luar bandar dan mempercepatkan usaha kerajaan negeri merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam majlis ini juga, 27 kanak-kanak dari keluarga memerlukan turut menerima bantuan dana pendidikan dengan jumlah keseluruhan RM27,000 -Edisi UKAS