Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

BINTULU: Padang golf di kawasan Bintulu yang telah berusia 30 tahun perlu dinaik taraf. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Le
Tarikh : 11 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

Picsart_22-11-11_17-23-58-324.jpg

BINTULU: Padang golf di kawasan Bintulu yang telah berusia 30 tahun perlu dinaik taraf.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming memberitahu, ahli lembaga pengurusan kelab golf itu telah mengemukakan permohonan untuk membina rumah di kawasan tengah kelab tersebut.

Beliau berkata, pembinaan rumah itu bakal menarik lebih ramai ekspatriat asing untuk mengguna kemudahan di kelab berkenaan semasa bermain golf.

“Lokasi untuk pembinaannya telah ditinjau dan tahun depan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) akan digunakan untuk melaksanakan projek itu. Dianggarkan kos projek ini menelan belanja sebanyak RM200,000.

“Saya mahu ahli lembaga untuk mengemaskini kemudahan lain yang diperlukan,” katanya selepas melakukan lawatan ke Kelab Golf Bintulu pada Khamis.

Johnny Pang menambah, beliau sendiri akan bertemu dengan pengurus Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan kerajaan negeri untuk mendapatkan dana bagi menaik taraf kelab ini supaya dapat memberi manfaat kepada semua.

Turut hadir ialah Pengurus Kelab Golf Bintulu Akhbar Jahan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab Ting Kok Tiong. -Edisi UKAS