Sarawak ID | Register
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

Polls
Announcements

News & Updates

Pendidikan Sempurna Lahirkan Modal Insan Berpendidikan & Berkemahiran
Tarikh : 13 Nov 2022  Sumber Berita: UKAS Sarawak
 

Pertandingan-mewarna.jpg

TATAU: Kerajaan telah menyediakan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. 

Menurut Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikei Tayai, ini adalah untuk melahirkan modal insan dengan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.

“Kerajaan Sarawak berhasrat merancang untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. 

“Malah, ketika ini turut dilaksanakan pemberian Endowment Fund Sarawak (EFS) dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula 2019 bagi membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran pada satu hari nanti,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Bengkel Kemahiran Keibubapaan Tabika/Taska KEMAS Parlimen Selangau di Dewan Masyarakat, Kampung Dagang, Tatau di sini pada Jumaat. 

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Sarawak juga menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini dengan menarik banyak pelaburan asing datang melabur ke Sarawak. 

Ini adalah untuk memastikan hasrat Kerajaan Sarawak menjadikan Sarawak negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030. 

Hadir sama Pegawai KEMAS Parlimen Selangau Dayangku Syariani Awang Jubaidi. -EDISI UKAS