Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2019
Versi 8.2.2
Sukan boleh eratkan silaturahim kakitangan agensi kerajaan
Tarikh : 27 Oct 2019
 

6.jpg

BINTULU: Kalah atau menang adat pertandingan, yang penting semangat kesukanan, setiakawan dan muafakat yang dipamerkan setiap peserta, kata Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat.

Berucap pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah Futsal(Lelaki dan Wanita) MAKSAK Sarawak 2019 antara Bahagian di Stadium Muhibbah, di sini, beliau percaya penganjuran sukan seperti itu, dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan kakitangan agensi kerajaan.

Apa yang penting katanya, kejayaan menganjurkan aktiviti sukan adalh satu usaha untuk mewujudkan semangat setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu tujuan untuk dikongsi bersama-sama.

"Kalah dan menang adat permainan kerana apa yang penting ialah kita dapat memupuk semangat perpaduan dan pada masa sama membentuk semangat kerjasama tinggi dalam satu pasukan, ujarnya lagi.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari, bermula 26 hingga 27 Oktober, menyaksikan Bahagian Bintulu dan Samarahan, masing-masing muncul juara kategori Lelaki dan Wanita manakala bahagian Mukah menguasai naib Johan bagi kedua-dua kategori dengan tempat ketiga, masing-masing dimenangi Bahagian Kuching dan Bintulu.

Sebanyak 12 pasukan lelaki dan sepuluh pasukan wanita mengambil bahagian dalam Pertandingan Futsal (Lelaki & Wanita) MAKSAK Sarawak antara Bahagian 2019 yang berlangsung di Stadium Muhibbah.

Pegawai Daerah Bintulu, Mohammad Dino Amit dan presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu, Mohd Zulfadillah Junaidi hadir sama.