IBI Global Network anjur kursus teknologi pengawetan makanan
Tarikh : 30 Sep 2020  Sumber Berita: The Borneo Post
 

p4thyt6btu-ub290920-ai-kurs.jpg
UNTUK ALBUM: Peserta kursus merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur.

BINTULU: IBI Global Network telah menganjurkan Kursus Teknologi Makanan (Pengawetan) di Food Science and Technology Research Centre Mardi Kuching kelmarin.

Ceramah kursus telah di-sampaikan Pegawai Penye-lidikan Prinsipal Food Science and Technology Research Centre Mardi Kuching Dr Chua Hun Pin.

Kursus tersebut telah dihadiri usahawan produk dalam pelbagai bidang terutamanya makanan.

Pengasas IBI Global Network Ismawi Ishak berkata, kursus itu memberi pe-luang kepada peserta untuk meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan agar mampu bertahan lebih lama.

Katanya, keselamatan pro-duk makanan yang dihasilkan juga menjadi matlamat utama para usahawan.

“Kursus ini juga mende-dahkan berkaitan Akta Makanan 1983 dan peraturan yang perlu dipatuhi para usahawan yang menghasilkan produk makanan,” ujarnya ketika ditemui di sini, semalam.

Selain peserta dari Bintulu kata beliau, kursus itu turut dihadiri peserta dari Sarikei, Miri dan Sibu.

Jelasnya, IBI Global Network berharap dapat melanjutkan kursus sama dalam bidang pembungkusan dan pelabelan bersama-sama para usahawan produk makanan pada masa akan datang.

Pada masa sama beliau menjemput para usahawan untuk terlibat sebagai pembekal produk yang dapat dipasarkan ke Australia melalui program usaha sama IBI Global Network dengan Goulburn Valley Malaysian Association (GVMA) Incorporated Victoria Australia.