Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2019
Versi 8.2.2
PEMBENTUKAN AKHLAK ELEMEN PENTING PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Tarikh : 11 Nov 2019
 

Screen-Shot-2019-11-11-at-15.03.42.jpg

BINTULU: Penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan jati diri akhlak antara elemen penting yang perlu diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat pendidikan awal kanak-kanak.

Residen Bahagian Bintulu Jack Amat Luat berkata elemen tersebut penting ke arah melahirkan modal insan berkualiti di masa depan.

Berucap mewakili Menteri di Jabatan Ketua Menteri(Integriti dan Ombudsman) pada majlis Anugerah dan Penyampaian Sijil Tadika Bestari Kali Ke-18, beliau menyaran pengurusan tadika terbabit harus menerapkan elemen nilai- nilai murni dalam setiap aktiviti harian anak- anak selain kesepakatan dan kerjasama antara ibubapa dan guru dalam membentuk keperibadian anak- anak mereka.

Sambil memberi ilmu membaca, mengira dan menulis, guru- guru jangan lupa pupukkan semangat cintakan negara, persaudaraan, persahabatan antara kaum, sikap berkongsi dan penyayang dan sikap yakin dan rajin untuk mencapai kejayaan.

Guru besar Tadika Bestari Bintulu, Sadah Hussin dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Tadika Bestari Bintulu, Ustaz Sodikin Mohri hadir sama.