Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2019
Versi 8.2.2

PEJABAT DAERAH TATAU

NOTIS IKLAN TENDER

1. Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-Kontraktor tempatan di Bahagian Bintulu yang berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ) dalam Kelas dan Jenis Pendaftaran yang berkaitan serta mempunyai tempoh pendaftaran  yang  sah untuk membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

 

No. Ruj. Tender

Tajuk Tender

Pendaftaran Kelas, Kepala & Sub-Kepala

Yuran Dokumen (RM)

Tarikh Tutup Pengambilan / Penjualan Dokumen Tender

Tarikh Tutup Dan Masa Penyerahan Dokumen Tender

T/LKWKKH/PRB/PDT-03/2019

Bina Baru Bangunan Pra Sekolah SK Kuala Annau, Tatau

Kelas E/EX

Kepala II,

Sub-kepala 2(a)

 

RM50.00

12.06.2019

13.06.2019

Sebelum

12.00 Tengah Hari

 2. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pemilik atau wakilnya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pemilik / Rakan Kongsi / Pengarah Syarikat. Pemilik atau wakilnya hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL UNIT PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN JURUPERUNDING (UPKJ) dan SURAT PERWAKILAN KUASA (jika berkenaan) sebelum dokumen tender dijual kepada kontraktor yang layak.

3. Bayaran Yuran Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Wang Kiriman Pos Berpalang (Postal Order) yang dibayar atas nama Kerajaan Negeri Sarawak.

4. Contoh Dokumen Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi mulai 27.05.2019 hingga 12.06.2019 pada waktu pejabat di alamat Seksyen Kewangan Pejabat Daerah Tatau (Tingkat Bawah), Pejabat Daerah Tatau, KM 60 Pasar Tatau, Jalan Tatau Bintulu, 97200 Tatau.

5. Dokumen Tender hendaklah dimasukkan sendiri oleh Pemilik / Wakil Syarikat / Firma ke dalam Peti Tawaran dengan menggunakan sampul belakri serta mempunyai catatan Nombor dan Tajuk Tender. Dokumen Tender hendaklah diserahkan selewat-lewatnya jam 12.00 tengahhari pada tarikh tutup di alamat seperti di bawah.

Pengerusi,

Lembaga Tender Bahagian,

Pejabat Residen Bahagian Bintulu,

Jalan Pisang Keling,

Off Jalan Tun Razak,

97000, Bintulu.

6. Dokumen tender yang diterima selepas tarikh dan masa tutup tidak akan dipertimbangkan.

7. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tersebut.

 

Pegawai Daerah Tatau

 

 

Tarikh: 27 Mei 2019