Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 16 Dis 2019
Versi 8.2.2
Bimbingan Kauseling & PsikologiBimbingan Kauseling & Psikologi

Objektif pertemuan ini untuk menjelaskan tentang kewujudan jawatan baru iaitu Pegawai Tadbir (Pegawai Psikologi) PANS serta bidang tugas pegawai yang berkenaan. Sejak 2017 lalu PANS telah menghantar seramai 15 orang pegawai yang layak dan berminat untuk belajar dan menjalani latihan praktikum, dan disusuli dengan latihan internship di dalam bidang ijizah Sarjana Sains Kaunseling (MSC) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selama lebih kurang 2 tahun. Kesemua 15 kohort JKM-UNIMAS tersebut telahpun selesai dan berjaya menghabiskan keperluan jam kredit pengajian mereka.

Jawatan Pegawai Tadbir Psikologi di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) mula dikuatkuasa melalui satu pertemuan khas di antara YBhg. Datu Dr Sabariah Putit Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Prestasi dan Transformasi Penyampaian Perkhidmatan, PANS) bersama-sama dengan para Ketua Jabatan yang berkenaan pada tarikh 02 Julai 2019 di Tingkat 2 Wisma Bapa Malaysia.

Dalam sesi pertemuan khas TSUK-HOD-HRC Jabatan ini turut memberi kesempatan kepada Ketua-ketua Jabatan serta Pegawai HRC Jabatan yang hadir dan telah menerima penempatan dari kalangan 15 orang Pegawai Tadbir (Pegawai Psikologi) untuk bertanya soalan berkenaan selain memohon penjelasan lanjut tentang bidang kuasa, tugas dan peranan dan tanggungjawab Pegawai Psikologi tersebut.