Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 14 Nov 2019
Versi 8.2.2
Pengurusan Tender dan Sebut Harga Bahagian BintuluPengurusan Tender dan Sebut Harga Bahagian Bintulu

Pengurusan Tender dan Sebutharga Bahagian Bintulu

Jawatankuasa Tender/ Sebutharga (Negeri/ Persekutuan) Bahagian Bintulu hanya boleh mempertimbangkan dan menyetuju terima tender/ sebutharga dengan syarat keputusan yang dibuat adalah sebulat suara dan tidak melebihi had nilai tender/ sebutharga. Keputusan yang tidak sebulat suara dan/atau melebihi had nilai tender/sebutharga akan dikemukakan kepada Lembaga Perolehan Agensi untuk keputusan.

Urusan Berkaitan Tender/ Sebutharga Bahagian Bintulu

  • Menerima iklan kenyataan Tender/ Sebutharga daripada Agensi atau Jabatan Kerajaan di Bahagian Bintulu;
  • Menyediakan Peti Tender dan Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/ Sebutharga;
  • Memaparkan Tender/ Sebutharga pada papan tender;
  • Merekod semua syarikat yang menghantar penyertaan tender/ sebutharga ke dalam Buku Rekod Penerimaan Penyertaan Tender/ Sebutharga sepanjang iklan tender/ sebutharga masih dibuka sehingga tarikh tutup tepat jam 12:00 tengah hari;

Sila Ambil Perhatian

  • Penyertaan Tender/ Sebutharga yang dihantar selepas TEPAT JAM 12:00 Tengah hari pada Tarikh Tutup, TIDAK AKAN DIPROSES.  Harap Maklum, Terima Kasih.
  • Borang Schedule Of Tender Received G.124 akan dikeluarkan untuk proses pembukaan tender/ sebutharga selepas jam 12:00 tengah hari pada hari tender/ sebutharga ditutup.
  • Pembukaan tender/ sebutharga akan dipengerusikan oleh Timbalan Residen (atau Pegawai N41 keatas) bersama ahli-ahli jawatankuasa serta akan dihadiri oleh "Client Agency".
  • Penyertaan tender/ sebutharga yang asal berserta salinan borang Schedule Of Tender Received G.124 akan diserahkan kepada "Client Agency".
  • Minit mesyuarat pembukaan tender/ sebutharga akan dikeluarkan oleh setiausaha pembukaan tender/ sebutharga untuk dimajukan ke Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Tender/ Sebutharga Bahagian Bintulu untuk pemilihan Syarikat/ Kontraktor yang layak.

Jangka Masa Berurusan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu

Masa akan diambil kurang dari 30 minit berurusan dengan pegawai kami semasa penyerahan penyertaan tender/ sebutharga daripada syarikat/ kontraktor.

Pegawai Yang Bertanggungjawab Dalam Urusan Penyerahan Penyertaan Tender/ Sebutharga.

Encik Mohd Yelsop Bin Lee, Penolong Pegawai Tadbir N32 [Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan beliau ditalian 086-336027].