Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Jul 2019
Versi 8.2.1
Pejabat Daerah TatauPejabat Daerah Tatau
 
  PROFAIL DAERAH TATAU
1.0. PENGENALAN
1.1. LATAR BELAKANG DAERAH TATAU
  Tatau merupakan sebuah Daerah Kecil yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Bintulu sebelum diisyitiharkan menjadi Daerah. Nama atau perkataan 'Tatau' membawa maksud pencuri, perompak, penyamun, penjenayah atau nakal dalam bahasa Iban. Tatau telah diisyitiharkan menjadi Daerah Tatau pada 02 April 1989. Pada 06 Julai 1975, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan untuk menggerakkan Pembangunan Bintulu dan Tatau.

Daerah Tatau terletak bersempadan dengan Daerah Bintulu dan Daerah Selangau. Kaum Majoriti Daerah Tatau adalah Kaum Iban, dan diikuti oleh masyarakat Orang Ulu seperti Punan, Beketan, Tatau, dan Melanau. Pekerjaan utama penduduk Tatau adalah sebagai petani / pekebun, pekerja ladang, pekerja kilang, berniaga, dan juga sebagai kakitangan Kerajaan dan Swasta.

Perubahan arus semasa telah membawa Tatau bertukar wajah menjadi salah satu Pusat Pentadbiran di Bahagaian Bintulu. Terdapat banyak bangunan lama telah diganti dengan bangunan baru dan moden. Pembangunan tanah juga bertambah kerana banyak Syarikat Perladangan telah membuka ladang-ladang di persekitaran kawasan Daerah Tatau dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Daerah Tatau. Selain itu, kilang-kilang kayu juga terdapat di Daerah Tatau. Sehingga kini Tatau telah mengalami perubahan pertumbuhan pembangunan yang begitu cepat dan dijangka akan terus maju dan bekembang di bawah naungan Lembaga Kemajuan Bintulu.

Tatau terletak di Bahagian Bintulu di Negeri Sarawak. Pusat Pentadbiran Daerah adalah di Pekan Tatau yang terletak 60KM dari Bandar Bintulu dan terletak antara sempadan Daerah Bintulu dan Daerah Selangau.

Keluasan Daerah Tatau adalah kira-kira 4,945.85 sq Km. Pada dasarnya, Daerah Tatau juga terbahagi kepada kawasan-kawasan seperti Pekan Tatau, Sangan, Anap Ulu, Anap Tengah, Anap Hilir, Kakus, dan Kuala Tatau.
2.0 PENTADBIRAN DAERAH TATAU
2.1

Pejabat Daerah Tatau telah mula diwujudkan sejak 1906 dalam Pemerintahan British. Selepas Merdeka pada tahun 1957, Pejabat Daerah Tatau yang dikenali sebagai “ Government Office Tatau ” diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Sarawak sehingga sekarang. Pejabat Daerah Tatau yang ketika itu merupakan bangunan separuh batu (Semi Concrete) bertentangan dengan Sungai Batang Tatau mempunyai kakitangan seramai 7 orang yang diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir. Kemudian, pada 02 April 1989, Pejabat Daerah Tatau telah dinaiktaraf kepada Daerah Tatau.

Pada tarikh keramat 25 September 1995, Pejabat Daerah Tatau telah berpindah ke Bangunan baru yang lebih moden dan mempuyai pelbagai kemudahan dengan bilangan kakitangan pejabat yang bertambah ke 18 orang dan sekarang terletak di Jalan Bintulu / Tatau / Sibu sejauh 60KM dari Bandar Bintulu dan mempunyai keluasan pentadbiran seluas 4,945.85 Ha.